Sunday 12 June 2011

Putrajaya oh Putrajaya

12 June 2011 - Aku bawa family ngan anak-anak pergi Putrajaya untuk menghadiri majlis perkahwinan adik kawan baik aku di Taman Warisan Pertanian Presint 16. First time aku ngan family pergi sana. Nasib baik tak susah cari tempat tu. Cuma hari tu agak panas sikit. Anak-anak aku termasuk anak-anak angkat aku yang semua merungut kepanasan kat belakang pasal panas. Sampai ke paling kuat aircond kereta aku bukak. Ada Hall besar dalam Taman warisan tu, consider senanglah utk orang-orang Putrajaya wat kenduri utk anak-anak dorang nanti.


Taman Warisan Pertanian


Dalam ada food court


Sampai jer sana, aku bedal makan kemain banyak lagi pasal perut aku dah lapar sangat. Dalam 1 jam aku lepak kat sana, pastu jumpa member-member lama yang dah bagak-bagak dan beranak-pinak, barulah aku blah pergi ke Masjid Putrajaya nak solat Zuhur. Aku drop kete kat roundabout then aku lepaskan anak perempuan aku kat wife, hero aku follow aku gi solat. Apa yang aku nak cakap kat sini, Masjid Putrajaya ni memang cantik sangat. Tapi aku macam tak puas hati jugak sebab Masjid ni di jadikan salah satu tempat lawatan bagi foreign visitor. Bagi aku, orang kafir tidak layak masuk kedalam Masjid ni semata-semata nak amik gambar. Walaupun dorang kena pakai jubah color biru macam baju hujan sebab nak tutup aurat konon. Tapi kebanyakan mereka yang pakai jubah ni tak semengah jer aku tengok. Pakai pun main sarung jer. pastu ada pulak yang dah masuk bukak jubah sebab nak amik gambar "kalau pakai jubah buruk plak" pastu pakai balek. Apa cerita.. nampak sangat dorang tak menghormati kesucian Masjid. "Langsung Tak Faham". Pada aku mereka ni memang tidak layak utk masuk ke tempat suci umat Islam ni melainkan bergambar di luar sahaja. Bagi foreign yang ingin masuk. Mereka perlu buktikan yang mereka adalah beragama Islam. baru betul.



Masjid Putrajaya


Aku lepak di Masjid sampai Asar sebab nak terus solat Asar. duduk lepak-lepak dia anjung Masjid sambil tunggu waktu Asar tiba dengan angin bertiup sepoi-sepoi...damai sungguh.. pada kengkawan yang pergi melawat Masjid ni..jangan lah hanya melawat saja.. sambil melawat tu bersolat lah sekali yer. Pas solat Asar dan bergambar ngan family aku gi ke food court sebab anak-anak aku haus nak minum. Sampai saja aku terus gi kaunter order air..dahlah muka jaga kaunter tu cam haram jer...aku pun order air sirap 2 dan mineral water 2. Memang kat food court ni semuanya takde tanda harga.. aku yang kepenatan dan kehausan ni pun tanya berapa total semua. Dengan selamba dia cakap "RM13 bang"..Terkejut gila aku...aku yang kerek ni pun tanyalah "Sirap berapa harga" dia pun jawap "RM4.50".. perghhhh...2 sirap dan RM9.00 mineral water 2 RM2.. Dgn RM13 aku boleh beli air dan makanan yang menyengangkan anak-anak aku. Aku yang agak bengang pun bayar kat perempuan kaunter yang bajet best..duduk tunggu air kemain lama..sib baik dah amik mineral water awal-awal...dah lah panas ..hati lagi panassss... pastu aku terpandang plak kat sebelah aku secret recepi punya menu "Soft drink - RM4.00"...punyer berbulu..baik aku beli soft drink tu jer..lagi puas hati..hati pun tak sakit...so..korang bawak jerlah siap-siap air dari rumah atau beli awal-awal..membazir duit jer beli kat situ..






Food court


Sirap RM4.50


Soft drink secret recipi RM2.90


Dah lah penat...aku tak kisah pun kuar duit beli air utk anak isteri aku minum..tapi kenapa harga kat situ cekik darah..kalau nak cekik darah pun..cekiklah foreign visitor jer...janganlah orang Malaysia pun nak cekik jugak ker..consider la sikit..aku percaya ramai yang tak puas hati dengan harga kat food court tu..tapi ramai jer makan kat sana aku tengok..maybe dorang orang kaya kot atau dan takde choice pasal perut lapar..Apapun..kunjungan aku ke Putrajaya hari tu ada hepinya dan ada sedihnya..kepala pun sakit...okeh..jumpe lagi di lain masa..Salam